Selasa, 20 Disember 2011

Peristiwa Gerhana Matahari

Tanggal 15 /1/10 jam 4pm pada hari Jumaat berlaku sekali lg gerhana matahari.  Cegu izma & cegu rafidah serta anak22 kelab astronomi rasa sangat teruja & seronok coz dpt melihat "gerhana matahari anulus "dgn menggunakan teleskop & kanta gelap yg mencerap cahaya di perkarangan padang smk sg nibong, pulau pinang.. Mcm pesta lah pulak sbb rmai cgu22 n student xnk lpaskn peluang meliaht gerhana matahari. ( p/s:Jgn lihat terus ke langit  dgn mata kasar anda ? Nty mata rosak 2 buta yea.) Tp pelajar22  tinggal kt KL msti p  ke Planetarium Taman Tasik Perdana dgn menggunakan alat teknologi canggih.. Jealousnya Cegu izma???Sbg umat Islam digalakkan mengerjakan solat gerhana apabila berlaku mana-mana gerhana. Hukum mengerjakannya sunat tetapi afdhal solat gerhana didirikan secara berjemaah didalam masjid, tanpa azan atau iqomah. Bagaimanapun diperbolehkan mana-mana orang, lelaki atau perempuan, melakukannya secara sendirian jika perlu.Didalam hukum 'ilmu falak, gerhana matahari dikenali sebagai "al-kusuf", manakala gerhana bulan dikenali sebagai "al-khusuf". Kebetulan semasa anak Rasulullah iaitu Ibrahim meninggal dunia berlaku suatu gerhana, maka ramai yang mengaitkannya dengan peristiwa itu. Sebenarnya kata Rasulullah ianya tiada kaitan sama sekali.Gerhana matahari berlaku coz kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari yg menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Wlpn bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana  purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'. Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama.Oleh itu, sebagai  umat Islam manfaat lah keistimewaan yg dianugerahkan Allah s.w.t & nikmati lah peristiwa  ini dengan cara Islam.  Kita akan  mendapat 'ilmu dan pengalaman baru & akan melaluinya dengan 'ibadah dan insyallah diberi ganjaran pahala.Menurut perhitungan falak, gerhana penuh matahari hanya dijangka akan berlaku semula pada  09.03.2016 dan 26.12.2019; walaupun dicelah-celah tarikh-tarikh itu dijangka juga akan berlaku peristiwa gerhana matahari dan bulan yang tidak penuh..


          GAMBAR KOLEKSI PERIBADIKU  GERHANA MATAHARI


Ahad, 18 Disember 2011


posing kt meja wirawati "cekgu izma cute"

CORETAN HIDUP INSAN BERNAMA "CEKGU IZMA"
Tanggal 22/5/83 lahirnya seorg puteri diberi nama oleh umi & arwah ayah dgn nama azimat Haslindaizma bt Che Seman @ Othman.. Puteri ini membesar dgn penuh didikan agama & kasih sayang bersama2 4 adik-beradik.. Pengorbanan umi & arwah ayah xdpt dibalas dgn wang ringgit.. Tanggal 2003 telah tersurat & tercapai impianku menjadi seorang "GURU" coz melanjutkn pljrn ke USM di Fakulti Ilmu Pendidikan.. Ku rasa bagaikan mcm mimpi bermain cekgu22 di halaman umh umi & arwah ayah.. Tp hakikatnya bukan mimpi tp mmg kenyataan..Detik panggilan keramat "cekgu" bermula di SMJK Kerian, Parit Buntar menjalani praktikum 2006 sepenggal ku di situ. Kmdian ku diposting di nun di SMK Pasir Gudang 3 (Johor) tanggal 1/11/07-31/12/09 selama 2tahun. Byk memori indah & manis dll bersama pelajar 5si2, 5lk, 5it, 4k1,4k2,4st, 3us3.3uk2.3uk3,3us1,3sp2.3sp3 & housmate (k.izan.hilwa, k.za), guru222... Tanggal 1/1/10 ku berlayar utk bersama my hubby yg setahun bersendirian di Pulau Pinang. Di sini ku, bertugas di SMK Sg Nibong sehingga kini..Namun nostalgia & ingatan pada SMKPG3 masih disanubari.. Ku tinggal smkpg3 , ku melangkah ke smksg nibong dgn semangat yg baru..Alhamdulilah ku diterima dgn tgn & hati terbuka oleh rakan22 sejwtn & pelajar22..Tetapi panggilan keramat "cekgu sejarah/ geo cute & kecik" tetap menjadi simbolik pada diri permaisuri Mohd Razman ini wlpun berada di selatan or utara..Ku bersyukur kpd Allah s.w.t kerana menjadikn ku seorg "GURU" utk mendidik & mengajar anak bangsa mencari ilmu dunia & akhirat... Dulu ku lepak kt school utk study kini ku lepak kat school utk menjadi pendidik & pembimbing anak bangsa. Tq tak terhingga ku ucapkn utk umi, arwah ayah, along, angah, acik menjdi guru tadika ku serta guru22 ku di sk bukit jawa, smk bukit jawa n pensyarah2 usm yang xjemu memberi ilmu kpdku tanpa mengerti penat lelah.. Tak lupa juga kpd adik busu ku yg sanggup menjadi murid ku semasa main22 cekgu kt umah.. Ku doakan adik busu ku selamat dgn kelasi- kelasi kapalnya..



time study f5pa 1999-2000
(smk bukit jawa)