Ahad, 29 Julai 2012

PENANG HILL ( BUKIT BENDERA )

TRIP MY FAMILY
PEMANDANGAN ATAS BUKIT BENDERA

PENANG HILL
 
PENANG HILL MOSQUE













Tanggal 22/10/2011, Ayah ngah ku bawa familynya dtg penang 
utk jln22 cari mkn angin.. So aku, hubby n abg ngahku bawa lah 
depo ni jln22 kt Penang Hill.... Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang.
 Bukit Bendera dulu dikenali "Penang Hill" yg mempunyai ketinggian 830 meter(2730 kaki) dari paras laut yg boleh dilawati sama ada mendaki puncak or kereta api kabel yg beroperasi sejak 1922. Kalu bjln kaki ikut trek selama 4jam tp naik kereta api sat je smpai iaitu stgah jam aje.. Kawasan ini dibangunkan oleh Francis Light dgn menggunakan buruh2 org India & tempatan. Pd  1897 J Hein & A Wilson  membuat permohonan rasmi kpd J.K Birch Resident Counselor PP utk mjlnkan perkhidmatan kereta api tarik dgn kawat di puncak Penang Hill coz kesulitan perhubungan utk ke sini. 
Penang Hill  suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan iaitu  lima darjah Celcius. Dari kemuncak, para pelancong boleh melihat pemandangan menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Kt atas Penang Hill ada  taman permainan, taman burung, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, pjbt pos, taman haiwan & pokok plbagai spesis serta Masjid Muslim di puncaknya.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi. (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.
Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

Penang  Hill ni sesuai sgt utk sesiapa nak hilangkn stress, bercuti2 dgn family n honeymoon...
Welcome to Penang Hill
Waktu operasi 6.30 am-9.30pm..
Harga tiket RM 4 (dewasa) n RM 2 (Kanak-kanak)
Bas Rapid utk ke sini U204.


MY SWEET COUPLE









Sabtu, 28 Julai 2012

ASAL USUL LABU SAYONG



Ari ni cegu nak coretkan sikit psal labu sayong. Labu Sayong ni tknal kt daerah Kuala Kangsar Perak. Otw nak balik kdri umah kwn kt Felda Rasah, sempat lah cegu & my hubby singgah kt Kedai Labu Sayong ni, rambang mata tgok... smua cantik. Cegu beli lah sikit labu sayong ni uat ole22 utk fmly dgn koleksi cegu.. Apa yg lg important snap pic kt kdai tu dgn pic labu sayong besaq kt tepi jln..... Bentuk labu sayong ni cegu tngok mcm buah gelugor aje. Motif ukirannya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

 Apa yg cegu dpt maklumat, tembikar ni bermula zaman batu lg. Tetapi untuk sejarah labu sayong ni, ada mcm2 versi.  Salah satunya,  ada yg kata nama labu sayong ni  datang dari buah labu digunakan utk mengisi air oleh org2  kampung di Mukim Sayong, Perak iaitu 1km dari daerah Kuala Kangsar.  Org2 kg ni  menggunakan labu tua yang dikeringkan & dibentuk menjadi bekas berbentuk labu utk diisi air. Labu Sayong digunakan menyimpan air dan minuman. Tp now, menggunakan tanah menghasilkan tembikar mempunyai bentuk dan fungsinya sama  dengan labu iaitu dikenali "LABU SAYONG". Cegu teruja mdgar penglipurlara di kedai tu crita salasilah labu sayong...

Dlm satu blog yg cegu jumpa, menyatakan sejarah  kegiatan membuat labu sayong  dimulakan oleh ‘Tuk Kaluk’ yang dikatakan telah datang dari daerah Minangkabau, Sumatera. Menurut cerita, Tuk Kaluk memperkenalkan penciptaan tembikar daripada tanah liat pada kira-kira tahun 1810 iaitu semasa Perak di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain. (Sebenarnya pemerintah Perak pada masa itu ialah Sultan Abdul Malik Mansur Syah (1806-1825). Menurut cerita ini, Tuk Kaluk merupakan seorang yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan istana. Beliau dikatakan telah dianugerahi sebidang tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai jasa dan kepandaiannya membuat hasil kraftangan seperti pedang, parang, keris dan tembikar. Sejak daripada itulah Tuk Kaluk mula menyumbangkan kebolehannya membuat labu sayong kepada penduduk Kampung Kepala Bendang. Lama kelamaan penduduk di situ pandai membuat labu sayong dan mewarisi kepandaian tersebut hingga sekarang.

Kat sini cegu nk bgtau jga proses  membuat labu sayung .. 1) menjemur tanah liat sehingga kering dan kemudiannya dibancuh dengan air dalam mesin pengisar (seperti blender). 2) Tanah tersebut,dikisar sehingga hancur dan sebati dengan air lalu diperam selama lebih kurang satu hari ( sebati untuk melembut dan memudahkan proses pembuatan agar senang dibentuk). 3) Selepas dibentuk,  labu sayung yang sudah terhasil dibiarkan selama satu hingga dua hari sebelum dibakar di dalam dapur yang dibina khas daripada batu-bata. 4)dibakar selama satu hari dgn api dikawal spya sama rata masak dan tidak pecah. Kalu api besaq pecah or retak. 5) menghitamkan labu = menanam labu yang masih panas dalam timbunan sekam padi dan dibiarkan beberapa ketika.... Tp  kini proses membuatnya semakin mudah dan mengalami perubahan iaitu daripada menggunakan tangan sepenuhnya kepada teknik moden penggunaan mesin menghancur dan membancuh tanah. Antara teknik moden yang digunakan katanya adalah teknik lemparan, acuan serta sepuh dan labu hanya dibakar dalam tempoh lapan jam.Bentuk, warna dan ukiran labu sayung turut berubah.


Justeru itu, mcm22 versi salasilah labu sayong ni, tp apa yg penting org melayu ngri Perak mmg pandai menghasilkan seni tembikar labu sayong yg cantik molek & halus. So sape22 berminat dgn "Labu Sayong" sbg koleksi or ole222 boleh lah mlwat kwsan negeri Perak Darul Ridzuan . Antara kawasan perusahaan membuat tembikar ini ialah Lenggong,  Sayong, Kuala Kangsar dan  Pulau Tiga, hilir Sungai Perak. Hager murah antara RM 1.50 hingga leh mencecah ratus-ratusringgit bgntung kpd saiznya......