Rabu, 14 November 2012

KEISTIMEWAAN MASJID KRISTAL.




 MASJID KRISTAL

Masjid ni i singgah kalu xsilap bln Jun  2009 utk menunaikan solat asar slpas menghadiri mjlis kwin spupu kt Felda Kerteh 2, Trganu.. Namanya ialah Masjid Kristal yg terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man di tepi tebing Sg Trgnu. Ketika dulu kwsan ni, adalah sebuah kwsan hutan nipah sblm dibina Masjid Kristal menjadi mercu kebanggan org trganu n tarikan kpd pelancong utk melancong di ngri itu.Taman Tamadun Islam (TTI) adalah  taman tema berkonsepkan infomasi dan hiburan yg memaparkan  keunggulan seni bina tamadun Islam dari seluruh pelosok negara. Keluasaan TTI ialah  23 hektar & terbahagi kpd dua zon iaitu  Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. Masjid ini mula dibina pd tahun 2006 dan dirasmikan pd 8/2/2008 pd jam 6.ooptg oleh Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi  dan Yang Di -Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong ketika itu Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal ini. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia serta  keluasannya 2,146m persegi, tempoh pembinaan lebih kurang + 3thun yg menelan belanja RM 249.3 juta ( sekitar AS$ 77.2 juta) serta dibuka kepada org rmai mulai 3 Februari 2008. Projek pembinaan ini  melibatkan 34 kontraktor tempatan yg dipantau oleh  Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Trgnu. Bahan asas adalah bahan tempatan serta kira-kira 65% adalah pakar tempatan dan selebihnya adalah pakar pertukangan luar negara. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet  bagi membaca al-Quran elektronik. Tdpt plbagai kemudahan spt tempat amik wuduk, tandas, dewan solat, kerusi istirehat dsbnya.. Masjid ni ada 2 ruang iaitu ruang solat n ruang pelawat utk melawat dlm kwsn itu. Pd waktu malam,  kristal di masjid ni akan btukar bbrpa wrna spt merah, kuning n hijau yg menggunakan lampu berlainan wrna. Lampu hiasan menggunakan solar panel dan juga diod (L.E.D).Orang ramai boleh melihat masjid ini  apabila melalui Jambatan Sultan Mahmud yg menghubungkan bandar Kuala Trgnu ke Kota Bharu. Masjid ini berhampiran dgn Muzium Negeri Terengganu, Pasar Chabang 3 dan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Trgnu iaitu kira-kira 10 minit perjalanan dari bandaraya itu n jaraknya lebih kurang 4km . Selain  itu, mempunyai  21 replika monumen Islam di Taman Tamadun Islam ini termasuk Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Taj Mahal. Kalu nk msuk tgok monumen replika ni perlu bayar RM 15. So apabila smpai kt masjid kristal ni pengunjung boleh berjalan kaki menikmati persekitaran yg nyaman n cantik serta bgmbar dgn menyusuri laluan pejln kaki n nk isi perut yg lpar boleh menjamu selera di khemah yg berkonsepkan buffet serta hrga berpatutan antara RM 3- RM9 shja.Tp kalu smpai wktu siang nk mkn krpok losong yg pnas22 pengunjung bleh lah menyusuri sg Trgnu menaiki motobot dgn bayaran RM10 di perkampungan keropok lekor losong.
  
 Info utk ke Taman Tamadun Islam :- 

- Sekiranya anda melancong tanpa  kenderaan sendiri so perkhidmatan bas bandar ke lokasi menarik di sekitar kuala Terengganu termasuk Masjid Kristal disediakan dengan kadar harga RM 2.00 (kalu xsilap saya) n pengunjung msti memilih laluan ke Taman Tamadun Islam (TTI). Waktu beroperasi bas bandar  dari jam 6.00pagi hingga 10 malam bermula dari Dataran Shahbandar. 
- Harga tambang sebuah teksi Kuala Trganu ke TTI  ialah RM 20



 



Isnin, 12 November 2012

Percutian di Sumatera Indonesia

Permandangan waktu senja Danau Toba
Lamanya tak mencoret crita menarik di blog aku coz busy dgn krja.. So ari ni bru sempat menjenguk tirai blog aku ni.. Ari ni aku nak story ttg destinasi percutian sekolah yg lalu.

Tanggal 28/5/12 pkul 7.30pagi, my hubby hantar aku ke Smk Sg Nibong coz aku dgn  9org rakan sejawatan  Sg Nibong menunggu Supir Pak Mail utk hantar kami ke Airport Bayan Lepas. Tiba di airport pkul 9 pagi kami check in  n timbang beg dulu.. Lpas dah siap smntra menunggu fly, kami breakfast kt Mc Donald.. Aku xlalu nk mkn coz tanpa hubby menemaniku percutian kali ini. First time berjauhan dgn hubby slpas 3thun mjd wifenya.. Tik..tik..tik tepat jam 11.00 tgh hari ternoktahnya kali pertama aku menaiki pesawat Air Asia, mcm22 aku rasa....berdebar,gembira n teruja22...Tepat pkul 1 pesawat telah mendarat di Airport Polonia Medan..

Setelah tiba disana wakil agensi Hidayatul travel belum kelihatan...Kwn22 ku semua ke tndas, aku peneman bagasi yg lawaknya ibu polisi menanyakan aku menunggu siapa, aku membisu coz ketakutan keseorangan..Yg kelakarnya aku p bjabat tangan dgn ibu polisi tu... Setelah 1jam menunggu, di sisi kaunter polisi,  aku tpndang satu ibu memaparkan sepanduk Faridah sdgkan master rombongan Rafidah..So master mghubungi agen di Malaysia rupanya ibu itu lah wakil agensi Hidayatul di Indonesia tp silap tulis nama master... Next kami membawa sendiri bagasi ke Van. So kat airport Polonial ni perlu berhati22 sbb suasananya ribut dgn org22 indo yg nk bawa bagasi kita utk dpt tip22..  So kalu p ke sana  pastikan beg anda terus anda bawa tidak perlu menggunakan orang lain yang mengangkatnya.
 
 Supir van telah memperkenalkan nama Mukhlis n terus membawa kami ke restoran di Simpang 3 untuk menikmati makanan tengahari. Menu makanan disajikan makanan minang n ayam penyet.Kwsan ni kbykan penduduk beragama kristian so susah nk cari mkanan halal..Slps makan, kami menunaikan solat Zuhur di surau berhmpiran restoran itu....Supir meneruskan pjlnan ke Parapat dan menuju ke Patent Shop utk mebeli produk makanan tmptn iaitu Teng Teng or Ting Ting  Next meneruksan pjlnan ke Danau Toba yg berbukit n bertebing tinggi.Tepat 7petang kami smpai di tmpt istirehat iaitu Corottage Hotel, Parapat. Badanku rasa sgt letih coz pjlnan  ke Parapat  mengambil masa selama 4 jam iaitu sejauh 200 km kt sini tiada highway spt di Malaysia..Namun apa yg menakutkan aku, supir memandu mmg laju n memotong mcm xada kndraan lain kt jln..Ungkapan Bismillahhiramanirahim n Allah Hu Akhbar sntiasa di bibir kami..Tp kt sni mobil yg besaq akn memberi jln kpd mobil yg kecil sekiranya supir menekan hon22 .. Parapat adalah tempat yg terknal  dgn Tasik  Lava Gunung Berapi iaitu  Danau Toba. Slpas solat maghrib,  kami  menikmati makan malam n msuk bilik smula utk berehat.. Namun di sini  ada satu rhsia yg mjd rhsia aku, master, Zura, Sarina n Nadia menyelinap kuar drp bilik secara diam22 n menuju ke bilik karoake tnpa pgthuan 5shbat lg yg warak.. Tepat 12mlm lpas mengeluarkan suara merdu kami balik ke bilik dgn diiringi  hujan trun renyai22 .

Tanggal 29/5/12 sarapan pagi bermula jam 7.00 pagi di hotel. Kemudian tepat jam 8.30 pagi kami menaiki Ferri menuju ke Samosir Island yg cantik n indah. Samosir Island ini dikenali sebagai Pulau segala Pulau coz  di dalam tasik Danau Toba terdapat sebuah pulau. Pulau Samosir adalah lebih besar dari negara Singapura. Dlm pjlnan ke pulau ini, kami diiringi sekump anak22 muda dgn lagu bahasa Batak.. Perkataan 1 Batak yg kami bljaq ialah HORAS bmksud "Selamat Datang " kalu xsilap aku ..Di Pulau Samosir mempunyai sebuah kampung bernama Tomok mengambil masa pjlnan 45minit. Apa yg myeronokkan di sini ada Istana kaum Batak yang terkenal dengan orang makan orang, Ambarita Village, the  old of  GRAVE STONE OF KING SIDABUTAR, n paling menyeronokkan dpt membeli brg kraftangan buatan sdri orang Batak..Kat Kompleks kubur Batak kami perlu pakai kain tenun dan diletakkan kt bahu..  So aku smpat lah beli  Key Chay rumah Batak n Signage HORAS utk dijadikan kenangan.. Peristiwa melucukan aku, master n Nadia nk kena ditinggalkn oleh supir feri coz khusyuk membeli, tp nsib baik Syikin dtg mencari kami yg sdg tawar-menawar membeli tikar..Dalam feri smua org tgok kami n tutup hidung coz berbau tahi anjing.. so smua org msing22 tgok tapak ksut, akirnya dijumpai najis tu btapak di kasut master..  Kami balik semula ke Parapat untuk menikmati makan tengahari di Restoran Minang Parapat, kt sni kami smpat membeli kad fon maxis Indonesia di kdai bhmpiran n menunaikan solat Zuhur di Masjid Raya Taqwa Parapat yg msih dalam  proses dibaikpulihkan..Di Indo, spjg jln kita nmpak tiang22 kayu diikat plastik ditgah22 jln itu menandakan siapa nk menderma  bleh lah msukkan duit di situ.. Duit itu digunakan utk membina masjid n kmdhan lain utk org islam...Tepat jam 2.30 petang kami bertolak menuju Berastagi.

Di satu daerah iaitu Simarjarunjung  suhunya sejuk spt di Cameron Higland.Kt sini boleh nikmati pisang greng n teh kt Restaurant Siantar.Aku xmkn coz aku rsa mcm nk muntah sbb jln22 yg bengkang-bengkok tp smpat snap pic..Sterusnya supir memandu trus ke kawasan air terjun yang paling tinggi di Medan iaitu Sipiso Piso waterfall 110meter tp xleh  mandi coz merbahaya. Tepat 5pm kami singgah skjap di Kota Wisata Berastagi or central fruits market . Kt situ aku n master menaiki kereta kuda megelilingi kwsn kota itu.. First time naik keta kuda bernama "JAGUH", takut rasanya naik keta kuda ditgh ramu-ramu (jln22) yg sibuk dgn mobil.. Jam 7.00 petang kami sampai ke Berastagi dan menginap di Hotel Green Garden Berastagi. Bilik besaq macam 5 star hotel tapi bayar 3 star aje.Sejuk sgt22...Mlm ni sptutnya kami ke kolam air pnas "Volcano Hot Spring" tp master demam so kptsannya xp lah ke tmpt itu...Ada jgk kwn22 ku yg minta pkrja htel semburkan Ridsect coz byk nyamuk..Lpas mkn mlm, ada duk22 lepak kt dpn pintu bilik n ada yg diulit mimpi coz letih tp aku lepak dgn master dlm bilik yg demam..

Tanggal 30/5/2012 tepat jam 8.30am kami bersarapan di hotel Green Garden  dan terus ke visit Souvenirs, Medan Streets and Batik Shops then lunch at local restaurant. After lunch visit Medan Mall utk membeli belah n aku tukaq duit kt pengurup wang berlesen...Kt sni ada 2org kwn kami xmai tmpt supir jnji so aku, nadia n zura trus dibawa oleh kwn supir ke Pasar Ikan Lama coz van kami rosak aircond n kwn22 lain bsama master mcari Eton n Zawani yg hilang di Medan mall.. Kt Pasar Ikan Lama aku smpat lah shopping  kain telekung n kain pelikat kiriman kwn baik ku.. Selama 4jam kami bertiga menunggu kwn yg lain, tepat pkul 7ptg  baru lah nmpk supir Mukhlis n master yg bengang mencari 2kwn yg hilang tu.. Yg lg syok master sbb bengang dgn depo tu, ia kuar van trus membeli 2helai t shirt yg dijual penjaja.. Perjalanan di teruskan lagi ke Bandar Medan menuju ke hotel.. Tepat pkul 9 check in hotel Polonia n dinner at local restaurant n beli- belah lg..So ada seorg penjaja prnah keja kt kltn, so ckap kltn lah aku n trus dpt beli beg batik dgn hrga Rp 30ribu rupiah = RM 9mcm tu lah, aku lupa lah pulak nk kira cmna.. Supir mukhlis dpt buah tgn drp master..

Tanggal 31/5/12 tepat jam 7.00 pagi kami sarapan di Hotel Polonia, Medan. Breakfast at Hotel enjoy full day shopping at Pasar Petisah (traditional market) and Medan Fair Plaza or Sun Plaza (branded shops) dgn menaiki beca n mtor beca..Kt sini sempat lah pulak beramah mesra dgn supir beca prnh keja kt kltan.. Pkul 11 kami check out n simpan bagasi kt kt tmpt bagasi di hotel so tip perlu dihulurkn kt pkrja htel tu spya bagasi selamat.. Tepat 12.oopm lunch arranged at local restaurant. 

Tepat pkul 6.00pm kami dibawa van Hotel Polonial ke Airport Polonial n check in fly Air Asia tepat pkul 7.oopm dibantu oleh 2 wakil Hidayatul so tip perlu dihulurkan n kami juga perlu strapping baggage spya brg xkuar drp bagasi..Hrganya Rp 10000.. Jam ditgn ku berdetik menunjukkan pkul 8pm kami tiba di Airport Bayan Lepas n my hubby sudah menanti di pintu ketibaan.. Lg peristiwa xleh lupa aku cari bagasi xjumpa coz pening tgok beg byk n bbrpa kali kaunter bagasi bputar, akirnya bru nmpk bagasi ku tp roda dah tcabut coz ole22 dari indo yg dibeli lebih muatan beg.. Tepat pkul 9pm aku smpai di rumahku.. Wlpun Danau Toba cantik n indah tp tanah airku  "MALAYSIA" tetap dihatiku..  Keesokannya tanggal 1/6/12, badan masih penat n letih tepat jam 4am aku n my hubby bertolak balik ke kltn utk mlwat umi n mak mertua..

Rujukan perbelanjaan di Medan, Indonesia
Kapal Terbang & Penginapan termasuk makan, minum,lawatan n pengangkutan - RM1350.00
Wang tunai - RM650.00 (Rp2,000,000)
Jumlah = RM2000.00

So org sebelah utara kalu nk bercuti ke Medan leh lah menghubungi Hijaratul Travel berhampiran bank rakyat bandar Perda, Bukit Mertajam bagi mendapatkan pakej pelancongan 4hari 3malam ke Parapat-Berastagi-Medan......

 Bilik Cottage berbentuk bumbung rumah org Batak
Pemandangan di penginapan Toledo