Ahad, 6 Oktober 2013

KENALI MASJID ULUL ALBAB



          MASJID KAYUMASJID ULUL ALBAB
  
Dah lama xpost sesuatu ilmu kt my blog ni.. sibuk dgn keja.. so ari ni cgu nk kongsi ttg Masjid Kayu @ masjid Ulul Albab. Tanggal Dis 2012 dalam pjlanan utk mjlis btunang adik bongsu ku di KeMasek Trgnu, cgu tersnap pic masjid ni. Masjid drp  kayu cengal  terletak di Seberang Jerteh, Jerteh Trgnu. Senibina menjurus kpd senibina Melayu berciri Islam. Dpt  menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa. Mengikut sumber lisan my Aunty masjid ini  dirasmikan Sultan Mizan Zainal Abidin pd 24/2/2012 hari Jumaat dan dihadiri Menteri Besar Trgnu  Datuk Seri Ahmad Said,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, pembesar serta kenamaan negeri.

Menurut sumber Wikipedia, Masjid ini menelan belanja  sebanyak RM12 juta di atas tapak seluas 0.2 hektar bagi menggantikan masjid lama dan selama dua tahun masa diambil untuk disiapkan.Pereka masjid ini ialah Wan Musatafa Wan Su dari syarikat Khazanah Seni Warisan yg merupakan seorg pengukir ternama dan  anak jati Besut.  Adiguru Ukiran Kayu Malaysia ditugaskan memberi sentuhan kpd wajah masjid. Kemudahan  disediakan ialah dewan solat, pusat sumber, kolah besar dan landskap yg cntik sbg rekreasi bagi pengunjug yg datang mengerjakan solat.  Banyak motif songketTrgnu digunakan dalam senibina masjid ini.

Syarikat Mira Murni Sdn. Bhd., diamanahkan  membinanya dan di bawah pengurusan Jbtn Agma Islam Trgnu. Tiang dan lantai masjid tiga tingkat ini mengunakan simen dan bersalut kayu. Masjid Kg Laut Tumpat iaitu masjid tertua di Malaysia yang dikatakan berusia lebih 250 tahun tlh diambil contoh utk membina masjid ulul Albab ini.


Lantainya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air dan binatang daripada memasuki masjid. Bumbungnya berbentuk atap tumpang, bertingkat tiga yang meruncing ke atas untuk melancarkan penyaliran air hujan agar tidak mudah mereputkan bahan kayu. Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya untuk menyaman dan memberikan keselesaan manakala dinding, jendela dan jejala menepati fungsinya.

90 peratus masjid ini menggunakan kayu cengal, nyatuh dan bala utk  melapisi konkrit menggunakan kaedah tebuk Pasak.Tingkat bawah masjid dijadikan dewan .Tingkat kedua adalah ruang solat dan selasar serta tingkat ketiga berfungsi sebagai perpustakaan. Turut dibangunkan dua tempat berwuduk dan tandas.

Bangunan masjid dilapisi dinding janda berhias manakala 12 pintu utama ruang solat dihiasi corak awan larat dan pagar mimbar mengambil motif tenunan songket Terengganu. Ukiran ayat suci al quran dan doa di pintu utama masjid manakala sekeliling bumbung dikenali sebagai andam-andam dipasang dengan kaligrafi kayu.

Manakala , Enam kepala tangga masjid dilakarkan  ukiran abstrak  menggambarkan ombak dan penyu membawa simbol perjalanan berona yang belum terhenti dan masih jauh.
Tempayan  dan gayung diletak di anak tangga sbg bilasan kaki..