Jumaat, 3 September 2010

analisis tajuk tumpuan spm 2010

TAJUK-TAJUK TUMPUAN SPM 2010
TINGKATAN 4

BAB 1 – KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA Ciri-ciri Tamadun
Tamadun Indus
Tamaun Hwang Ho

BAB 2 – PENINGKATAN TAMADUN
Perundangan
Peluasan Kuasa
Peningkatan ekonomi
Kemunculan agama dan ajaran utama dunia

BAB 3 – TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Kerajaan Kedah Tua
Pengaruh Hindu Buddha

BAB 4 – KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
Nabi Muhammad s.a.w.
Kehidupan sebelum menjadi Rasul
Keperibadian
Kerasulan

BAB 5 – KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Pembukaan semula Kota Makkah

BAB 6 – PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
Khalifah Uthman bin Affan Khalifah Ali bin Abu Talib
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah
Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah
Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia

BAB 7 – ISLAM DI ASIA TENGGARA
Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara

BAB 8 – PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
Mata wang
Percukaian

BAB 9 – PERKEMBANGAN DI EROPAH Zaman Gelap
Gerakan Reformation
Penjelajahan dan penerokaan

BAB 10 - DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
Penggunaan tenaga buruh luar
Institusi kewangan dan insuran
Dasar Briish terhadap pertanian
Kesan dasar ekonomi
- Pembandaran
- Pembentukan masyarakat berbilang kaum
- Sistem pendidikan Vernakular
- Sektor perkilangan
- Sistem pengangkutan dan perhubungan
- Perkhidmatan kesihatan

TINGKATAN 5
BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISMEDI ASIA TENGGARA
Pengenalan sisten Birokrasi Barat
- Filipina, Indonesia, Burma, Indochina, Tanah Melayu, Thailand

BAB 2 – NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KE 2
Peristiwa penentangan pemimpin tempatan :
- Rentap
- Dato’Maharaja Lela
- Yam Tuan Antah
- Tok Janggut
- Hj Abd. Rahman Limbong
Faktor pemangkin/kebangkitan nasionalisme di negara kita Kaum Muda
Gerakan Islah
Isu pendidikan/ekonomi/politik dalam akhbar, majalah, novel
Perjuangan nasionalisme Persatuan Melayu

BAB 3 – KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Ciri-ciri negara dan bangsa / unsur penting warisan dalam Kesultanan Melayu Melaka
Warisan negeri-negeri Melayu
- Sistem Jemaah Menteri di Kelantan
- Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
- Negeri Sembilan

BAB 4 – PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Semua tajuk sudah keluar SPM 2006, 2008, 2009

BAB 5 – PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Persekutuan Tanah Melayu 1957
– Suruhanjaya Reid
– Isi perjanjian
– Kepentingan perjanjian
– Peranan tokoh kemerdekaan

BAB 6 – PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Semua tajuk sudah keluar SPM 2005, 2007

BAB 7 – SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
Raja Berperlembagaan –Kuasa / bidang tugas Yang Diperuan Agong
Kuasa Pemerintahan
Pilihanraya
Negara Persekutuan – Senarai Persekutuan/negeri/bersama Jata Negara/Jalur gemilang – kepentingan

BAB 8 – PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

Dasar Hala Tuju Cara Baru
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran
Dasar Kependudukan
Dasar Pendidikan Kebangsaan Akta Bahasa Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Wawasan 2020

BAB 9 –MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
Dasar-dasar luar Malaysia – Asas penggubalan dasar luar Komanwel
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Negara-negara Selatan
Pertubuhan Persidangan Islam
Cabaran Masa Depan – ICT / Koridor Raya Multimedia /
K-masyarakat

Selasa, 22 Disember 2009

ERTI NILAI PERSAHABATAN


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Rabu, 16 Disember 2009

KENANGAN SMKPG3


saat bergelar guru bermula pada diriku tanggal 1 Nov 2007..
aku rasa sgt gembira coz dpt berbakti kpd ank bangsa
wlpn aku akan menghadapi pelbagai cabaran & dugaan...

Dugaan demi dugaan yg ku hadapi telah mendewasakn kehidupan ku sbg guru
sehingga aku menyintai pekerjaan ku ini,
sedangkn sebelum ini ku tdk menyintai kerjaya ini ...

tetapi smkpg3 telah menjadiku seorang guru yg menyintai dunia perguruan...
smkpg3 tetap menjadi kenanganku wlpn di saat ini ku telah transfer ke sekolah lain...