Ari ni cegu nak coretkan sikit psal labu sayong. Labu Sayong ni tknal kt daerah Kuala Kangsar Perak. Otw nak balik kdri umah kwn kt Felda Rasah, sempat lah cegu & my hubby singgah kt Kedai Labu Sayong ni, rambang mata tgok... smua cantik. Cegu beli lah sikit labu sayong ni uat ole22 utk fmly dgn koleksi cegu.. Apa yg lg important snap pic kt kdai tu dgn pic labu sayong besaq kt tepi jln..... Bentuk labu sayong ni cegu tngok mcm buah gelugor aje. Motif ukirannya
bunga-bungaan seperti
bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan
pucuk rebung.
Apa yg cegu dpt maklumat, tembikar ni bermula zaman batu lg. Tetapi untuk sejarah labu
sayong ni, ada mcm2 versi. Salah satunya, ada yg kata nama labu
sayong ni datang dari buah labu digunakan utk mengisi air oleh org2 kampung di Mukim Sayong, Perak iaitu 1km dari daerah Kuala Kangsar. Org2 kg ni menggunakan labu tua yang
dikeringkan & dibentuk menjadi bekas berbentuk labu utk diisi air. Labu Sayong digunakan menyimpan air dan minuman. Tp now, menggunakan tanah menghasilkan tembikar mempunyai bentuk dan
fungsinya sama dengan labu iaitu dikenali "LABU SAYONG". Cegu teruja mdgar penglipurlara di kedai tu crita salasilah labu sayong...
Dlm satu blog yg cegu jumpa, menyatakan sejarah kegiatan membuat labu sayong
dimulakan oleh ‘Tuk Kaluk’ yang dikatakan telah datang dari daerah Minangkabau,
Sumatera. Menurut cerita, Tuk Kaluk memperkenalkan penciptaan tembikar
daripada tanah liat pada kira-kira tahun 1810 iaitu semasa Perak di bawah
pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain. (Sebenarnya pemerintah Perak pada masa
itu ialah Sultan Abdul Malik Mansur Syah (1806-1825). Menurut cerita ini, Tuk
Kaluk merupakan seorang yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan istana.
Beliau dikatakan telah dianugerahi sebidang tanah oleh sultan di Kampung Kepala
Bendang sebagai menghargai jasa dan kepandaiannya membuat hasil kraftangan
seperti pedang, parang, keris dan tembikar. Sejak daripada itulah Tuk Kaluk mula
menyumbangkan kebolehannya membuat labu sayong kepada penduduk Kampung Kepala
Bendang. Lama kelamaan penduduk di situ pandai membuat labu sayong dan mewarisi
kepandaian tersebut hingga sekarang.
Kat sini cegu nk bgtau jga proses membuat labu sayung .. 1) menjemur tanah liat sehingga kering dan
kemudiannya dibancuh dengan air dalam mesin pengisar (seperti
blender). 2) Tanah tersebut,dikisar sehingga hancur dan sebati dengan
air lalu diperam selama lebih kurang satu hari ( sebati untuk
melembut dan memudahkan proses pembuatan agar senang dibentuk). 3) Selepas dibentuk, labu sayung yang sudah terhasil dibiarkan selama
satu hingga dua hari sebelum dibakar di dalam dapur yang dibina khas daripada
batu-bata. 4)dibakar selama satu hari dgn api dikawal spya sama
rata masak dan tidak pecah. Kalu api besaq pecah or retak. 5) menghitamkan labu = menanam labu
yang masih panas dalam timbunan sekam padi dan dibiarkan beberapa ketika.... Tp kini proses membuatnya semakin mudah dan mengalami
perubahan iaitu daripada menggunakan tangan sepenuhnya kepada teknik moden
penggunaan mesin menghancur dan membancuh tanah. Antara teknik moden yang digunakan katanya adalah teknik lemparan, acuan
serta sepuh dan labu hanya dibakar dalam tempoh lapan jam.Bentuk, warna dan ukiran labu sayung turut
berubah.
Justeru itu, mcm22 versi salasilah labu sayong ni, tp apa yg penting org melayu ngri Perak mmg pandai menghasilkan seni tembikar labu sayong yg cantik molek & halus. So sape22 berminat dgn "Labu Sayong" sbg koleksi or ole222 boleh lah mlwat kwsan negeri Perak Darul Ridzuan . Antara kawasan perusahaan membuat tembikar ini ialah Lenggong, Sayong, Kuala Kangsar dan Pulau Tiga, hilir Sungai Perak. Hager murah antara RM 1.50 hingga leh mencecah ratus-ratusringgit bgntung kpd saiznya......