Selasa, 20 Disember 2011

Peristiwa Gerhana Matahari

Tanggal 15 /1/10 jam 4pm pada hari Jumaat berlaku sekali lg gerhana matahari.  Cegu izma & cegu rafidah serta anak22 kelab astronomi rasa sangat teruja & seronok coz dpt melihat "gerhana matahari anulus "dgn menggunakan teleskop & kanta gelap yg mencerap cahaya di perkarangan padang smk sg nibong, pulau pinang.. Mcm pesta lah pulak sbb rmai cgu22 n student xnk lpaskn peluang meliaht gerhana matahari. ( p/s:Jgn lihat terus ke langit  dgn mata kasar anda ? Nty mata rosak 2 buta yea.) Tp pelajar22  tinggal kt KL msti p  ke Planetarium Taman Tasik Perdana dgn menggunakan alat teknologi canggih.. Jealousnya Cegu izma???Sbg umat Islam digalakkan mengerjakan solat gerhana apabila berlaku mana-mana gerhana. Hukum mengerjakannya sunat tetapi afdhal solat gerhana didirikan secara berjemaah didalam masjid, tanpa azan atau iqomah. Bagaimanapun diperbolehkan mana-mana orang, lelaki atau perempuan, melakukannya secara sendirian jika perlu.Didalam hukum 'ilmu falak, gerhana matahari dikenali sebagai "al-kusuf", manakala gerhana bulan dikenali sebagai "al-khusuf". Kebetulan semasa anak Rasulullah iaitu Ibrahim meninggal dunia berlaku suatu gerhana, maka ramai yang mengaitkannya dengan peristiwa itu. Sebenarnya kata Rasulullah ianya tiada kaitan sama sekali.Gerhana matahari berlaku coz kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari yg menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Wlpn bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana  purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'. Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama.Oleh itu, sebagai  umat Islam manfaat lah keistimewaan yg dianugerahkan Allah s.w.t & nikmati lah peristiwa  ini dengan cara Islam.  Kita akan  mendapat 'ilmu dan pengalaman baru & akan melaluinya dengan 'ibadah dan insyallah diberi ganjaran pahala.Menurut perhitungan falak, gerhana penuh matahari hanya dijangka akan berlaku semula pada  09.03.2016 dan 26.12.2019; walaupun dicelah-celah tarikh-tarikh itu dijangka juga akan berlaku peristiwa gerhana matahari dan bulan yang tidak penuh..


          GAMBAR KOLEKSI PERIBADIKU  GERHANA MATAHARI


Tiada ulasan: