Ahad, 29 Julai 2012

PENANG HILL ( BUKIT BENDERA )

TRIP MY FAMILY
PEMANDANGAN ATAS BUKIT BENDERA

PENANG HILL
 
PENANG HILL MOSQUE













Tanggal 22/10/2011, Ayah ngah ku bawa familynya dtg penang 
utk jln22 cari mkn angin.. So aku, hubby n abg ngahku bawa lah 
depo ni jln22 kt Penang Hill.... Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang.
 Bukit Bendera dulu dikenali "Penang Hill" yg mempunyai ketinggian 830 meter(2730 kaki) dari paras laut yg boleh dilawati sama ada mendaki puncak or kereta api kabel yg beroperasi sejak 1922. Kalu bjln kaki ikut trek selama 4jam tp naik kereta api sat je smpai iaitu stgah jam aje.. Kawasan ini dibangunkan oleh Francis Light dgn menggunakan buruh2 org India & tempatan. Pd  1897 J Hein & A Wilson  membuat permohonan rasmi kpd J.K Birch Resident Counselor PP utk mjlnkan perkhidmatan kereta api tarik dgn kawat di puncak Penang Hill coz kesulitan perhubungan utk ke sini. 
Penang Hill  suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan iaitu  lima darjah Celcius. Dari kemuncak, para pelancong boleh melihat pemandangan menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Kt atas Penang Hill ada  taman permainan, taman burung, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, pjbt pos, taman haiwan & pokok plbagai spesis serta Masjid Muslim di puncaknya.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi. (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.
Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

Penang  Hill ni sesuai sgt utk sesiapa nak hilangkn stress, bercuti2 dgn family n honeymoon...
Welcome to Penang Hill
Waktu operasi 6.30 am-9.30pm..
Harga tiket RM 4 (dewasa) n RM 2 (Kanak-kanak)
Bas Rapid utk ke sini U204.


MY SWEET COUPLE









Tiada ulasan: