Rabu, 14 November 2012

KEISTIMEWAAN MASJID KRISTAL.




 MASJID KRISTAL

Masjid ni i singgah kalu xsilap bln Jun  2009 utk menunaikan solat asar slpas menghadiri mjlis kwin spupu kt Felda Kerteh 2, Trganu.. Namanya ialah Masjid Kristal yg terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man di tepi tebing Sg Trgnu. Ketika dulu kwsan ni, adalah sebuah kwsan hutan nipah sblm dibina Masjid Kristal menjadi mercu kebanggan org trganu n tarikan kpd pelancong utk melancong di ngri itu.Taman Tamadun Islam (TTI) adalah  taman tema berkonsepkan infomasi dan hiburan yg memaparkan  keunggulan seni bina tamadun Islam dari seluruh pelosok negara. Keluasaan TTI ialah  23 hektar & terbahagi kpd dua zon iaitu  Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. Masjid ini mula dibina pd tahun 2006 dan dirasmikan pd 8/2/2008 pd jam 6.ooptg oleh Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi  dan Yang Di -Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong ketika itu Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal ini. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia serta  keluasannya 2,146m persegi, tempoh pembinaan lebih kurang + 3thun yg menelan belanja RM 249.3 juta ( sekitar AS$ 77.2 juta) serta dibuka kepada org rmai mulai 3 Februari 2008. Projek pembinaan ini  melibatkan 34 kontraktor tempatan yg dipantau oleh  Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Trgnu. Bahan asas adalah bahan tempatan serta kira-kira 65% adalah pakar tempatan dan selebihnya adalah pakar pertukangan luar negara. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet  bagi membaca al-Quran elektronik. Tdpt plbagai kemudahan spt tempat amik wuduk, tandas, dewan solat, kerusi istirehat dsbnya.. Masjid ni ada 2 ruang iaitu ruang solat n ruang pelawat utk melawat dlm kwsn itu. Pd waktu malam,  kristal di masjid ni akan btukar bbrpa wrna spt merah, kuning n hijau yg menggunakan lampu berlainan wrna. Lampu hiasan menggunakan solar panel dan juga diod (L.E.D).Orang ramai boleh melihat masjid ini  apabila melalui Jambatan Sultan Mahmud yg menghubungkan bandar Kuala Trgnu ke Kota Bharu. Masjid ini berhampiran dgn Muzium Negeri Terengganu, Pasar Chabang 3 dan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Trgnu iaitu kira-kira 10 minit perjalanan dari bandaraya itu n jaraknya lebih kurang 4km . Selain  itu, mempunyai  21 replika monumen Islam di Taman Tamadun Islam ini termasuk Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Taj Mahal. Kalu nk msuk tgok monumen replika ni perlu bayar RM 15. So apabila smpai kt masjid kristal ni pengunjung boleh berjalan kaki menikmati persekitaran yg nyaman n cantik serta bgmbar dgn menyusuri laluan pejln kaki n nk isi perut yg lpar boleh menjamu selera di khemah yg berkonsepkan buffet serta hrga berpatutan antara RM 3- RM9 shja.Tp kalu smpai wktu siang nk mkn krpok losong yg pnas22 pengunjung bleh lah menyusuri sg Trgnu menaiki motobot dgn bayaran RM10 di perkampungan keropok lekor losong.
  
 Info utk ke Taman Tamadun Islam :- 

- Sekiranya anda melancong tanpa  kenderaan sendiri so perkhidmatan bas bandar ke lokasi menarik di sekitar kuala Terengganu termasuk Masjid Kristal disediakan dengan kadar harga RM 2.00 (kalu xsilap saya) n pengunjung msti memilih laluan ke Taman Tamadun Islam (TTI). Waktu beroperasi bas bandar  dari jam 6.00pagi hingga 10 malam bermula dari Dataran Shahbandar. 
- Harga tambang sebuah teksi Kuala Trganu ke TTI  ialah RM 20



 



Tiada ulasan: